Cari @ Amanz

Huawei bakal memperkenalkan variasi baharu buat siri Mate mereka pada 6 September ini. Hari demi hari, semakin banyak maklumat tertiris mengenainya yang dikongsi dan terkini Huawei dikhabarkan bakal menyertakan semula paparan skrin bertakuk pada peranti tersebut.

Memetik laporan GSMArena, Huawei Mate 50 Pro dijangka mempunyai paparan skrin bertakuk lebar sekurang-kurangnya seluas Mate 20 Pro sebelum ini. Beberapa imej yang didakwa menunjukkan rekaan pelindung skrin untuk Huawei Mate 50 Pro turut tular di arena web. Dalam pada itu, peranti pintar ini juga dipercayai menggunakan skrin sejenis melengkung beresolusi1.5K seumpama yang digunakan pada Redmi K50 Ultra.

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar menggunakan paparan sedemikian atau sebaliknya. Tetapi, berbaki lebih kurang seminggu sebelum pelancaran rasmi, kita boleh menyasarkan lebih banyak maklumat berkaitan peranti akan didedahkan dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd