Carian
Google Mempatenkan Peranti Skrin Boleh-Lipat Dengan Kamera Pada Bezel Dalam
August 30, 2022 Effi Saharudin

Samsung menggunakan sistem kamera bawah skrin (UDC) pada skrin boleh-lipat Fold4. Xiaomi pula langsung tidak menyertakan kamera pada skrin boleh-lipat kamera. Ini ialah dilema pengeluar peranti skrin boleh-lipat sekarang. Tetapi apabila Google melancarkan peranti skrin boleh-lipat mereka kelak ia mungkin tidak akan menjadi isu.

Google memfailkan dua paten ke WIPO yang menunjukkan kamera bahagian dalam akan diletakkan pada bahagian bezel peranti. Berdasarkan lakaran paten, bezel pada peranti yang mungkin menggunakan nama Pixel Fold ini kelihatan lebih tebal berbanding pada Fold4 dan MIX Fold 2.

Kewujudan paten tidak bermakna ia akan digunakan dalam masa terdekat. Tetapi bagi pengguna apakah yang lebih penting? Bezel nipis pada skrin boleh-lipat atau kamera swafoto yang baik?

Komen