Cari @ Amanz

Snapchat tidak berhenti untuk cuba menarik perhatian orang ramai kembali menggunakan platform media sosial mereka. Snapchat turut terus hadir dengan banyak ciri dan fungsi menarik seperti hab keluarga, rancangan untuk sokongan NFT sebagai penuras AR, perkhidmatan langganan Snapchat+ dan banyak lagi.

Terkini, Snapchat hadir dengan ciri rakaman baharu Dual Camera. Seperti namanya, ciri ini membenarkan pengguna merakam video menggunakan kamera belakang dan kamera hadapan peranti secara serentak. Mod rakaman ini turut hadir dengan beberapa kolaj seperti atas/bawah, sebelah/menyebelah, gambar-dalam-gambar, bulatan atau beberapa lagi.

Ciri ini boleh digunakan untuk kongsi di Snaps, Stories, dan Spotlight. Snap ingin menawarkan pengguna dan pencipta kandungan boleh hadir dengan kandungan yang unik seperti berkongsi memori dan reaksi secara serentak.

Ia ditawarkan khusus untuk pengguna iOS sahaja buat masa ini dengan kemaskini ke pengguna Android di masa akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd