Cari @ Amanz

Bank Negara Malaysia kini mengemaskini senarai amaran pengguna kewangan, dalam memastikan orang ramai tidak melabur diperkhidmatan kewangan dan pelaburan yang tidak dibenarkan dibawah undang-undang.

Syarikat baharu yang ditambah oleh BNM adalah OctaFX.

Seperti ramai sedia maklum, SC sedia menambah OctaFX dibawah senarai berkenaan sebelum ini, dan kini BNM turut menambah OctaFX dibawah senarai tersebut.

Hal ini mungkin juga kerana terdapat pelbagai pihak yang mempromosikan perkhidmatan tersebut walaupun tidak mempunyai pengesahan dan kebenaran.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyertai sebarang program yang tidak dibenarkan atau mempunyai kelulusan dibawah undang-undang di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd