NFT mungkin adalah trend yang hangat dengan cepat tetapi kemudian dilupakan juga dengan pantas. Beberapa projek berkaliber besar dilancarkan oleh selebriti kemudiannya menjadi skim penipuan selepas pegangan dijual sejurus selepas harga NFT meningkat naik. Menurut data yang dikumpul oleh DappRadar, trend NFT mungkin sudah berakhir mengikut jualan di platform OpenSea.

Sebagai platform jualan NFT terbesar dunia, OpenSea mencatatkan jualan mencecah $400 juta pada Mei lalu. Tetapi OpenSea hanya menjual NFT bernilai $5 juta sahaja pada 28 Ogos lalu yang bersamaan dengan penurunan 99% berbanding kemuncak kehangatan trend ini.
Selain itu harga jualan lantai untuk NFT dari Bored Ape Yacht Club yang cukup popular telah menurun sehingga 53%. Sekali lagi menjadi petanda trend NFT kini tidak lagi sehangat dahulu. Antara sebab ini berlaku ialah nilai mata wang kripto yang menjunam teruk serta terlalu banyak projek yang didapati menipu pelabur menyebabkan ramai mula menjauhkan diri.
- Sumber
- Sumber – Cointelegraph