Cari @ Amanz

Kadang kala ada dalam kalangan pengguna yang berhadapan dengan masalah tertentu sewaktu menggunakan aplikasi WhatsApp. Misalnya seperti berlaku sesuatu pada mesej yang dihantar, tidak dapat menerima mesej dan sewaktu dengannya. Setakat ini, anda boleh melaporkan permasalahan sebegini terus daripada aplikasi menerusi tetapan yang dinamakan Contact US.

Bagaimanapun, pilihan untuk melaporkan permasalahan ini akan ditambah baik dengan sokongan ciri baharu iaitu Report Bug. Seperti namanya, ia dikhususkan sepenuhnya untuk laporan masalah pepijat. Di mana, pengguna bukan sahaja boleh memberikan keterangan secara bertulis. Malahan, terdapat juga ruangan untuk memuat-naik tangkap layar sebagai pilihan. Difahamkan, ciri Report Bug ini boleh ditemui menerusi tetapan pada aplikasi.

Setakat ini, belum dapat dipastikan lagi apakah bezanya melaporkan masalah pepijat pada ciri Report Bug dan Contact Us. Tetapi, kita boleh menyasarkan ia akan mempunyai keutamaan yang berbeza di antara satu sama lain. Dalam masa sama, ciri ini juga masih lagi dalam pembangunan, justeru tidak dapat dipastikan bilakah ia akan diedarkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd