Cari @ Amanz

Jabra Elite 3 dan Jabra Elite 4 Active adalah TWS mampu milik daripada Jabra yang cuba menawarkan ciri premium pada TWS mercu mereka dalam harga mampu milik. Jabra nampaknya akan melancarkan beberapa TWS baharu tahun ini dan baru-baru ini Jabra Elite 5 telah tertiris.

Jabra Elite 5 dilihat adalah TWS kelas pertengahan yang mempunyai ciri Elite 7 dan Elite 7 Pro pada harga lebih mampu. TWS ini mempunyai enam mikrofon untuk ciri pembatalan hingar aktif, bateri sehingga 28 jam bersama pod pengecasan dan sehingga 7 jam penggunaan secara berterusan.

Jabra turut menyertakan perlindungan air dan debu IP55, memuatkan sokongan Bluetooth 5.2, sedia menyokong pembantu digital Alexa atau Google Assistant, mempunyai kawalan sentuhan, ada beberapa saiz putik fon telinga dan pengecasan USB-C. Rekaan keseluruhan juga dilihat mirip siri Elite 7.

Harga masih tidak didedahkan lagi, begitu juga pemacu audio yang digunakan. Tetapi sebelum ini siri Elite 3 dan Elite 4 Active dijual pada harga sekitar RM389 dan RM579. Jabra juga dijangka akan hadir dengan beberapa TWS lain mungkin juga kelas mercu baharu. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd