Motorola Edge 30 Neo Mungkin Dilancarkan Pada September Ini

Diterbitkan pada Ogos 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rangkaian peranti Motorola di bawah siri Edge sering dilengkapi penawaran spesifikasi yang baik, di samping turut menjadi tumpuan pengguna. Ia berikutan kebanyakan daripadanya ditawarkan dengan harga jualan yang berpatutan. Terbaru, sebuah lagi variasi baharu di bawah siri yang sama telah ditemui menerusi perkongsian Evan Blass dan 91Mobiles.

Kelak dikenali sebagai Motorola Edge 30 Neo, peranti akan mempunyai sistem dwi-kamera di belakang yang disusun secara menegak. Ia dilihat hadir dengan sensor utama 64MP dengan OIS terbina, namun konfigurasi untuk satu lagi sensor masih tidak ketahui. Menurut jangkaan awal, ia mungkin menyertakan sensor sebesar 13MP.

Panel hadapan pula sejenis rata dengan rekaan berlubang pada bahagian tengah untuk kamera swafoto. Turut disertakan adalah butang kuasa dan laras audio pada sisi kanan. Seterusnya port sambungan USB-C, slot SIM dan pembesar suara pada bahagian bawah.

Peranti ini mungkin didatangkan dalam empat pilihan warna seperti Black Onyx, Very Peri, Aqua Foam dan Ice Palace. Dalam pada itu, ia juga dijangka tiba sebagai peranti 5G terbina dengan janaan cip Snapdragon 695. Pelancaran untuknya pula dijangka berlangsung di India pada September ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami