Yoodo Menambah Sokongan VoWiFi Untuk Pengguna Peranti Android – iPhone Akan Datang

Diterbitkan pada Ogos 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Yoodo, salah satu jenama telekomunikasi dibawah rangkaian Celcom, kini telah mula menawarkan sokongan rangkaian VoWiFi kepada para pengguna Yoodo.

Dengan penawaran ini, pengguna boleh melakukan panggilan suara dengan jelas, melalui penggunaan rangkaian WiFi. Ia amat berguna kepada mereka yang tinggal di bangunan tinggi, atau mempunyai liputan rangkaian Yoodo yang rendah. Panggilan suara akan melalui rangkaian WiFi, dan membolehkan pengguna menikmati kualiti suara lebih berkualiti, bergantung kepada kualiti rangkaian WiFi.

Buat masa ini, Yoodo menyokong ciri VoWiFi ini pada peranti Android. Pengguna peranti Android hanya perlu ke halaman Settings > Mobile Network > Mobile Data dan aktifkan WiFi Calling.

Yoodo mengatakan sokongan VoWiFi untuk iPhone akan menyusul tidak lama lagi.

Tips awal daripada Fattah. Terima kasih.

komen


© Amanz / 2022 Kami