Cari @ Amanz

Xiaomi Notebook Pro 120G telah diperkenalkan secara rasminya di India hari ini. Ia menjadi model kemas kini baharu buat rangkaian komputer riba keluaran Xiaomi yang memfokuskan kepada keperluan produktiviti.

Ia dilengkapi skrin 14-inci Mi TrueLife Display beresolusi 2.5K (2560 x 1600 piksel) dengan nisbah 16:10. Ciri tambahan lain yang turut disokong adalah kadar segar semula 120Hz, sokongan gamut warna sRGB 100% dan ciri DC Dimming. CPU Intel Core i5-12450H digunakan dengan GPU GeForce MX550, memori 16GB LPDDR5 5200MHz dan storan 512GB PCIe Gen 4.0. Bateri pula sebesar 56Whr dengan pengecasan pantas 100W yang boleh mengecas komputer riba mencapai 50% dalam hanya 30 minit.

Turut disertakan adalah sebuah kamera web 720p(HD), dua pembesar suara dengan sokongan DTS dan mikrofon terbina, Dual band 802.11ax Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, 1 x Type-C USB 3.2 Gen 2 , 1 x Thunderbolt 4, 1 x Type-A USB 3.1 Gen 1, 1 x HDMI 2.0 dan bicu audio 3.5mm. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Windows 11. Untuk harga, komputer riba ini dijual pada INR 74,999 (~RM4227).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd