Rekaan jam tangan G-Shock secara turun temurun ialah kerangka tubuh tahan lasak diperbuat daripada getah atau resin yang disambungkan kepada tali yang diperbuat daripada bahan bergetah. Namun begitu pada model Casio G-Shock GA-B001, satu inovasi dilakukan kerana kerangka tubuh bersambung terus dengan tali jam menjadikannya jam tangan yang agak unik.

Kerangka tubuh terdiri daripada dua bahagian dengan setiap satunya bersambung dengan tali jam yang tidak boleh ditanggalkan. Di bawanya terdapat mekanisme jam dan kerangka logam yang melindungi dari kerosakan jika berlaku hentakan. Jam tangan ini akan turut mempunyai ciri Mobile Link yang membolehkannya ditambat secara bluetooth kepada peranti pintar.

Terdapat dail muka analog dan juga digital pada jam ini dengan ia berubah secara automatik mengikut lokasi jam di bumi. Ciri standard lain seperti lampu LED, ciri tahan hentakan, lampu dan kebolehan dibawa menyelam sehingga 200 meter turut diberikan.
Casio G-Shock GA-B001 dijual pada harga bermula 17,600 yen (~RM569) sebuah dalam warna merah, hitam, hitam lutsinar dan biru lutsinar,