Tahun ini kita dapat melihat impak perubahan iklim di depan mata. Di Eropah, Amerika Syarikat dan China berlaku kemarau panjang yang mengakibatkan sungai dan tasik utama kontang. Oleh itu kita sering diingatkan supaya menjimatkan penggunaan air kerana ia akan menjadi sumber yang semakin berkurangan.

IKEA sebagai syarikat yang mempunyai imej cakna dengan alam sekitar telah melancarkan penyesuai kepada paip ÅBÄCKEN. Apabila disambungkan ke muncung paip, ÅBÄCKEN boleh mengurangkan penggunaan air ke 0.25/minit dalam mod percikan air untuk membasuh tangan atau lebih tinggi 1.9L/minit dalam mod semburan untuk membasuh berus gigi misalnya yang mengurangkan penggunaan air biasa pada kadar 5.7L/minit.

Ini menurut IKEA akan mengurangkan penggunaan air antara 66% hingga 95%. Ia turut diperbuat daripada bahan plastik dengan 40% daripadanya diambil dari plastik yang dikitar semula. Terdapat produk yang sama dijual di pasaran tetapi diperbuat daripada logam serta harga yang mahal. Harga jualan masih belum diumumkan tetapi IKEA akan memberikan jaminan selama tiga tahun.
- Sumber
- Sumber – IKEA