Carian
Google Guna Rekaan Doodle Hampir Sama Seperti Tahun Lepas Untuk Hari Merdeka 2022
August 31, 2022 Aman

Google Malaysia hari ini mengemaskini paparan logo pada halaman utama Google.com.my, sekaligus menyertakan sebuah rekaan doodle bersempena Hari Merdeka 2022.

Apa pun, rekaan doodle untuk Hari Merdeka 2022 tahun ini, tidak jauh bezanya dengan penawaran tahun lepas, dan dengan perubahan yang sangat minima. Rekaan juga tidak lagi menawarkan grafik khusus seperti pada suatu ketika dahulu yang mengintegrasikan rekaan bunga raya, dan lain-lain elemen kebangsaan.

Untuk tahun ini juga, apabila doodle berkenaan diklik, ia membawa pengguna ke halaman carian, yang turut dilengkapi dengan grafik bunga api ketika membukanya.

Bagi anda, apakah komen anda berkenaan dengan rekaan Google Doodle untuk Hari Merdeka 2022 ini?

Komen