Cari @ Amanz

Pada peranti Samsung dengan storan UFS, ciri RAM Plus telah diberikan sejak setahun yang lalu. RAM Plus membenarkan pengguna menambah memori secara maya sehingga 8GB dengan sebahagian storan akan diambil oleh sistem. Pada peranti One UI 4 berasaskan Android 12 ciri ini diaktifkan dengan 2GB RAM akan diambil oleh sistem.

Ini membuatkan pengguna tidak diberikan pilihan langsung. Tetapi menerusi One UI 5.0 Beta, ciri RAM Plus akhirnya boleh dimatikan oleh pengguna. Ini sudah lama diminta oleh pemilik peranti Samsung kerana bagi peranti dengan 12GB RAM, tiada keperluan mengaktifkan RAM Plus kerana memori sedia ada adalah memadai. Samsung dijangka memberikan One UI 5.0 berasakan Android 13 sekitar bulan Disember ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd