Carian
Facebook Akan Menamatkan Aplikasi FB Gaming Pada Oktober Ini
August 31, 2022 Aman

Facebook kini mengumumkan mereka akan menamatkan aplikasi Facebook Gaming pada 28 Oktober 2022 kelak.

Facebook Gaming

Sebelum ini, aplikasi Facebook Gaming ini telah dilancarkan pada iOS dan Android, memudahkan pengguna mengikuti pelbagai perkongsian video berkaitan permainan video – terutamanya penstriman langsung. Pada masa yang sama, aplikasi tersebut juga menyediakan akses pantas kepada sejumlah permainan ringan untuk dimainkan terus pada aplikasi tersebut.

Facebook telah melancarkan aplikasi tersebut pada April 2020 lepas, dan kini ia ditamatkan selepas hampir 2 tahun ditawarkan.

Komen