Truth Social laman media sosial milik Donald Trump dilancarkan pada Februari tahun ini sebagai alternatif kepada Twitter. Dari segi ciri dan rupa aplikasi kedua-dua media sosial ini mempunyai banyak persamaan cuma pengguna Truth Social lebih cenderung kepada fahaman sayap kanan.
Aplikasi hanya ditawarkan di platform iOS sahaja pada waktu ini dengan versi Android dikatakan batal tiba. Tetapi sehingga kini ia masih belum kunjung tiba. Menurut laporan CNBC, ini adalah kerana aplikasi masih belum diluluskan oleh Google untuk ditawarkan ke Play Store.
Google memberitahu pembangun Truth Social aplikasi mereka tidak mempunyai pasukan moderasi kandungan yang melanggar terma dan syarat untuk aplikasi ditawarkan di Play Store. Selagi isu ini tidak diselesaikan, aplikasi tidak akan diluluskan.