Digital Nasional Berhad kini mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan mereka akan menyelesaikan perjanjian melibatkan pegangan saham pada firma berkenaan tidak lama lagi.
Sebelum ini, kerajaan telah membuka kepada syarikat telekomunikasi dengan membahagikan pegangan sebanyak 70% antara mereka, disamping kerajaan memegang 30% pegangan pada DNB.
Namun, perkongsian DNB hari ini mengatakan hanya 4 syarikat telekomunikasi yang kekal berminat mendapatkan pegangan ekuiti berbanding dengan 6 syarikat yang menyatakan minat sebelum ini.
DNB tidak menamakan syarikat telekomunikasi berkaitan. Menurut DNB, satu syarikat memilih untuk tidak meneruskan untuk mendapatkan pegangan, sebaliknya satu lagi tidak memberikan sebarang respon.
DNB turut mengatakan perbincangan berkaitan akses 5G melibatkan 6 syarikat telekomunikasi masih diteruskan buat masa ini.