Carian
Maxis Dan U Mobile Dilaporkan Tidak Berminat Mendapatkan Pegangan DNB
August 31, 2022 Aman

Lanjutan daripada perkongsian pihak Digital Nasional Berhad, kini laporan hadir melalui Reuters, menyatakan Maxis dan U Mobile tidak berminat mendapatkan pegangan ekuiti pada DNB.

Sebelum ini, kerajaan membuka pegangan sebanyak 70% pada DNB kepada syarikat telekomunikasi. Ia dikatakan Maxis dan U Mobile tidak melihat kepada sebarang kebaikkan dengan menjadi pemegang saham minoriti pada firma tersebut.

DNB sendiri mengatakan salah satu syarikat telekomunikasi telah menyatakan tidak berminat untuk mendapatkan pegangan, sementara satu lagi tidak memberikan sebarang respon untuk pegangan. Ini bermakna, hanya 4 syarikat telekomunikasi akan meneruskan perancangan mendapatkan pegangan pada DNB – selain 30% pegangan akan dimiliki kerajaan.

Walaubagaimanapun, kedua-dua syarikat telekomunikasi ini masih berminat dalam mendapatkan akses pada rangkaian 5G yang akan disediakan oleh DNB.

Komen