NASA Menjadualkan Misi Pelancaran Artemis 1 Ke Bulan Pada 3 September

Diterbitkan pada Ogos 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

NASA kini menjadualkan tarikh pelancaran baharu untuk Artemis 1 pada 3 September 2022.

Tarikh baharu ini diumumkan selepas misi pelancaran sebelum ini ditangguhkan disebabkan masalah teknikal melibatkan bahagian enjin.

Artemis 1 merupakan misi NASA ke Bulan, dan penghantaran roket pertama daripada sejumlah siri roket untuk membentuk penempatan manusia di permukaan Bulan. Misi pertama ini menyasarkan untuk menghantar, melakukan pemantauan, dan mengembalikan ia semula, sebelum misi-misi seterusnya bersama angkasawan dilakukan.

Dengan tarikh pelancaran baharu ini, sama-sama kita nantikan ia pada hari Sabtu ini, 3 September 2022.

komen


© Amanz / 2022 Kami