China Berjaya Mencambah Benih Padi Di Stesen Angkasa

Diterbitkan pada Ogos 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Angkasawan China di spesen angkasa Tiangong kini berjaya dengan sebuah eksperimen baharu, iaitu mencambah benih padi di stesen angkasa. Ini sekaligus membuka ruangan untuk misi jangka masa panjang dalam membolehkan penghasilan makanan di angkasa.

Melalui misi China ini, saintis menyasarkan untuk menghasilkan keseluruhan jangka hayat tumbuhan di angkasa – bermula daripada pencambahan biji benih sehinga kepada penghasilan biji benih baharu.

Seterusnya, hasil daripada ia dijangka akan dibawa semula ke Bumi untuk kajian lanjut berkaitan sebarang perubahan atau mutasi.

Eksperimen ini telah dimulakan pada 29 Julai lepas, dan sehingga kini, ia telah tumbuh pada ketinggian sekitar 30 sentimeter.

Saintis turut ingin mengkaji bagaimana mikrograviti akan memberikan kesan kepada pertumbuhan.

Sumber : Xinhua, ChinaDaily

komen


© Amanz / 2022 Kami