Rangkaian peranti Samsung Galaxy A telah dikemaskini dengan penawaran baharu. Melaluinya, Samsung Galaxy A04s kini rasmi dengan beberapa penambahbaikan seperti kamera utama 50MP dan kadar segar semula 90Hz. Bagaimanapun, peranti sekadar disenaraikan sahaja menerusi laman Samsung Finland tanpa sebarang maklumat berkaitan harga yang ditemui setakat ini.


Untuk spesifikasi, ia dilengkapi skrin PLS LCD sebesar 6.5-inci beresolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip pemprosesan lapan teras yang tidak didedahkan secara khusus. Namun, ia dikhabarkan dijana dengan cip Exynos 850. Memori pula sehingga 3GB RAM dengan padanan storan dalaman 32GB. Turut disertakan ruang slot mikroSD yang boleh dikembangkan sehingga 1TB.

Seterusnya, sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 50MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4) + 2MP(f/2.4) dan kamera hadapan pula 5MP. Tidak ketinggalan, peranti ini turut dimuatkan dengan bateri 5000mAh menerusi port USB-C, bicu audio 3.5mm, sambungan bluetooth 5.0, pengimbas cap jari sisi dan menjalankan OneUI Core 4.1 berasaskan Android 12.
- Sumber
- Sumber – Samsung Finland