Cari @ Amanz

Apple memberikan kemas kini iOS 12.5.6 semalam untuk menampal kerentanan sekuriti pada pelayar web yang boleh menyebabkan keselamatan peranti terjejas. Bagi pemilik peranti lama iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPad Air, iPad mini 2, iPad mini 3, dam iPod touch gen 6 anda disarankan melakukan tampalan sekuriti ini dengan segera.

Saiz muat turun adalah sekitar 276MB dengan ia boleh dilakukan secara OTA dengan memasuki skrin tetapan peranti. Walaupun sokongan sistem operasi iOS baharu tidak lagi diberikan kepada kesemua peranti ini, Apple masih memberikan sokongan untuk memastikan pengguna masih boleh terus menggunakan peranti tanpa risau tentang kerentanan sekuriti baharu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd