Huawei Mate 50 akan dilancarkan pada 6 September hadapan dengan beberapa ura-ura mengenai rekaan dan spesifikasi sudah didengari sejak beberapa minggu lalu. Sebagai peranti kelas mercu, Mate 50 perlu mempunyai ciri menarik untuk membezakannya dengan peranti lain. Berdasarkan video promosi yang tertiris, ia mengesahkan Mate 50 akan dilengkapi kamera dengan bukaan apertur yang boleh diubah.
Sistem kamera dengan bukaan apertur boleh diubah dipopularkan oleh Samsung menerusi Galaxy S9 sebelum ia digantikan semula dengan sistem kamera biasa. Tidak diketahui apakah nilai apertur pada Mate 50 kelak tetapi beberapa ura-ura mengatakan kamera utama kelak menggabungkan sensor 50MP sudut lebar, 13MP ultra wide sudut lebar, 64MP zum optikal dan 40MP monokrom. Ini kemudiannya disokong oleh teknologi XMAGE yang menggantikan sistem Leica.