Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Tab Active4 Pro sepatutnya dilancarkan pada Julai lalu tetapi telah ditangguhkan tanpa sebab. Semalam akhirnya tablet dengan kemampuan tahan lasak MIL-STD 810H ini akhirnya dilancarkan secara rasmi.

Tablet dilengkapi skrin 10.1″ WUXGA TFT LCD yang menyokong S Pen, dijana cip 8 teras 6nm yang tidak didedahkan, memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 128GB, kamera utama 13MP, kamera swafoto 8MP dan bateri sebesar 7600 mAh.

Selain melepasi piawaian MIL-STD 810H, ia juga melepasi piawaian kalis air serta debu IP68. Terdapat sokongan pengecasan menggunakan sambungan POGO dan ia boleh beroperasi tanpa bateri dengan disambungkan sepanjang masa ke palam kuasa bagi membolehkan ia menjadi mesin POS di premis perniagaan.

Tubuh peranti diperbuat daripada getah bagi menyerap hentakan apabila terjatuh. Pengimbas cap jari diletakkan pada butang kuasa dan sistem audio pula hadir dengan Dolby Atmos. Melengkapi speisifikasi ialah terdapat sistem keselamatan Samsung Knox terbina. Samsung Galaxy Tab Active4 Pro akan dijual di Eropah dahulu bulan ini sebelum ke pasaran lain tetapi harga belum diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd