Cari @ Amanz

Tahun lalu Samsung Smart Monitor M7 memulakan era mereka menawarkan monitor pintar dengan sistem operasi Tizen yang selama ini hanya ditawarkan pada produk televisyen pintar mereka. Tetapi dengan sambutan menggalakkan, mereka kini melancarkan pula Samsung Odyssey OLED G8 yang adalah sebuah lagi monitor gaming pintar selepas Samsung Odyssey Ark.

Odyssey OLED G8 hadir dengan skrin 34″ OLED QHD 175Hz dengan nisbah 21:9. Skrin ini juga melengkung dengan jejari 1800R. Panel melepasi piawaian VESA DisplayHDR 400 True Black Certified, mempunyai masa tindak balas 0.1ms dan AMD FreeSync Premium.

 Menerusi Samsung Gaming Hub, perkhidmatan penstriman Xbox, NVIDIA GeForce NOW, Google Stadia, Utomik dan Amazon Luna boleh diakses. Menerusi sistem operasi Tizen pula aplikasi penstriman YouTube, Netflix, dan Prime Video boleh digunakan seperti sebuah televisyen pintar.

Pilihan input ialah mikro HDMI 2.1, Mini DP (1.4) dan USB-C. Sistem audio pula mempunyai output kuasa 5W. Pada panel belakang pula terdapat sistem lampu LED CoreSync & Core Lighting+. Samsung Odyssey OLED G8 akan mula dilancarkan pada Q2 2022 tetapi harga belum diumumkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd