Tony Fernandes yang mengetuai AirAsia, kini berkongsi melalui media sosial beliau, mengatakan kelak mereka akan melakukan penghantaran makanan melalui dron.
Perkara ini dikongsikan bersempena dengan pengenalan aiskrim nasi lemak dibawah jenama Santan.

Dengan menggunakan dron, ia dijangka penghantaran akan lebih efisien dan pantas berbanding sedia ada. Tony Fernandes turut mengatakan selepas melakukan tempahan, makanan mungkin tiba kepada pengguna dalam tempoh sekitar 10 minit.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah proses penghantaran ini akan dikomersilkan.
Sebelum ini, AirAsia telah menyatakan ingin menghantar barangan menggunakan dron di Cyberjaya, pada tahun 2021 lepas.