Carian
Realme Bakal Hadir Dengan Watch 3 Pro – Pelancaran Pada 6 September
September 1, 2022 Amy Maizuraa

Realme Watch 3 baru sahaja diperkenalkan dengan sokongan skrin lebih besar dan bateri sehingga 7 hari. Ia juga menampilkan rekaan muka jam berbentuk segi empat dengan padanan tali sejenis silikon. Di Malaysia, ia dijual pada RM259 seutas dalam kemasan berwarna hitam.

Terbaharu, Realme dilihat dalam persediaan untuk pengenalan dengan variasi pro pula buat jam tangan tersebut. Pengenalannnya dijadualkan berlangsung di India terlebih dahulu pada 6 September ini. Dalam masa sama, reka bentuk jam tangan ini turut telah didedahkan. Ia menunjukkan Realme Watch 3 Pro masih mengekalkan rekaan yang sama seumpama beberapa generasi sebelum ini.

Menurut jangkaan awal, skrin AMOLED bersaiz 1.78-inci beresolusi 368 x 448 piksel dan kadar segar semula 60Hz mungkin digunakan. Seterusnya, ia turut dikhabarkan menawarkan nisbah-ke-badan mencapai 68.7% dan kecerahan puncak 500nits. Bukan itu sahaja, sokongan GPS terbina dan kebolehan membuat panggilan menerusi bluetooth turut disertakan pada jam tangan ini.

Komen