iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max adalah dua model mercu yang akan dilancarkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Antara ura-ura yang telah didengari sejak beberapa bulan yang lalu ialah ia tidak lag akan hadir dengan takuk sebaliknya digantikan dengan dua lubang skrin. Tetapi ura-ura terkini minggu ini mengatakan peranti ini akan hadir dengan satu lubang kamera gergasi.

Lubang kamera berbentuk bujur akan diletakkan di tengah-tengah skrin untuk kamera swafoto dan sistem Face ID. Dalam lubang yang sama akan diletakkan juga lampu LED yang menunjukkan status kamera sedang diakses. Imej pengolokan di atas dihasilkan oleh 9to5Mac dan harus kami katakan ini adalah rekaan yang aneh.
Namun begitu rekaan skrin bertakuk juga aneh tetapi sudah menjadi ikonik sehingga menjadi ikutan pengeluar lain. Apa pula pendapat pembaca semua. Jika ini benar adalah rekaan akhir iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max adakah anda masih berminat membelinya?
- Sumber
- Sumber – 9to5Mac