#LG

LG OLED Flex Ialah Televisyen OLED Pertama Mereka Yang Hadir Dengan Kebolehan Melentur

Diterbitkan pada Sep 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LG ialah sebuah jenama pembangun paparan dan televisyen yang cukup terkemuka, dan kini telah memperkenalkan sebuah televisyen OLED baru yang dinamakan LG OLED Flex, sebuah televisyen yang hadir dengan kebolehan boleh lentur dan diratakan bergantung kepada cara penggunaan pengguna.

Televisyen LG OLED Flex ini hadir dengan paparan skrin OLED bersaiz 42 inci dengan resolusi 4K dengan kadar segar semula 120Hz untuk dan hadir dengan kebolehan lenturan sehingga 900R untuk sesi gaming ataupun tontonan video yang mengasyikkan.

Sama seperti televisyen-televisyen LG yang dilancarkan pada tahun ini, LG OLED Flex ini menggunakan paparan skrin LG evo yang menjanjikan olahan warna jitu dan warna hitam yang benar gelap.

Satu fungsi baru yang diperkenalkan pada televisyen ini juga, khususnya untuk anda yang menyambungkannya kepada komputer dan konsol ialah Switching Hub. Fungsi ini membolehkan televisyen LG OLED Flex untuk menukar sumber input dari konsol ke komputer dengan cepat dan mudah.

LG OLED Flex juga memperlihatkan sokongan untuk teknologi paparan seperti Dolby Vision, Variable Refresh Rate, NVIDIA G-SYNC dan AMD FreeSync Premium untuk pengalaman gaming dan tontonan tiada tandingan dan tidak kira anda menggunakan komputer ataupun konsol.

Televisyen boleh-lentur LG OLED Flex ini akan dipamerkan di acara IFA di Berlin, dan pengumuman lanjut mengenainya akan diumumkan tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami