Cari @ Amanz

Matterport ialah syarikat yang mengeluarkan sistem kamera yang mengimbas ruang secara 3D. Ruang yang diimbas ini kemudiannya boleh digunakan untuk menjadi model di mana pengguna bole bergerak secara maya di dalamnya. Teknologi Matterport telah digunakan pada Balai Seni Lukis negara untuk pengguna melawatnya secara maya semasa pandemik tahun lalu.

Untuk memenuhi keperluan imbasan yang lebih jitu, tepat dan pantas kamera Matterport Pro3 telah dilancarkan. Kamera mampu melakukan imbasan menggunakan sensor 20MP dan juga LiDAR. Sebanyak 100,000 titik dalam lingkungan jarak 0.5 meter hingga 100 meter boleh diimbas sesaat.

Perubahan paling besar pada Pro3 berbanding Pro2 ialah ia jutaan titik poligon boleh diimbas berbanding had 50,000 titik poligon sebelum ini. Dengan ini objek 3D yang lebih tepat dan jitu dapat dihasilkan semula dalam ruang maya.

Ia juga lebih ringan dengan berat 2.2 kilogram serta 35% lebih kecil. Pro3 serasi dengan perisian Matterport sedia ada. Bagi yang berminat kamera pengimbas 3D Matterport Pro3 dijual pada harga $5995 (~RM26,881) sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd