Samsung sebelum ini sedia membuang kepala pengecas pada pembelian beberapa peranti mereka pada hari ini. Kini, hadir laporan baharu, mengatakan Samsung turut akan membuang kabel pengecas USB-C yang disertakan dalam kotak tidak lama lagi.
Mengikut laporan dari Korea Selatan, Samsung dijangka akan membuang juga kabel USB-C daripada kotak peranti siri Galaxy A seawal 2023 kelak. Ini dilihat perluasan daripada pembuangan kepala pengecas pada siri Galaxy A pada tahun ini.

Ini merupakan sebahagian daripada langkah dalam memastikan membuang semua plastik pada pakej pemasaran Samsung, menjelang 2025 kelak. Dengan peralihan ini, hanya telefon dan juga pin SIM akan disertakan pada kotak pembelian peranti.
Pada hari ini, pihak Sony sedia melakukan perkara ini, selain Xiaomi dan Apple turut tidak menyertakan pengecas pada kotak pembelian peranti mereka.