Cari @ Amanz

JBL Tour Pro 2 telah diperkenalkan secara rasmi dengan pod pengecas pintar bersama skrin sesentuh. Melaluinya skrin LED sesentuh 1.45-inci disertakan dengan kebolehan mengawal tetapan utama yang tertentu. Misalnya seperti kebolehan memainkan muzik, melaras audio, kawalan ANC, menerima panggilan masuk atau menyemak mesej. Di samping itu, ia turut boleh memaparkan masa dan tahap bateri untuk fon telinga.

Pemandu audio yang digunakan sebesar 10mm dengan enam mikrofon terbina untuk panggilan yang jelas. Selain daripada ANC, mod Ambient turut diberikan untuk membenarkan audio luar didengari walaupun dengan putik telinga dipakai.

Turut disertakan adalah sambungan bluetooth 5.3 dengan sokongan LE Audio dan ciri audio spatial. Fon telinga ini turut diklankan mampu bertahan hingga 10 jam, kemudian meningkat kepada 40 jam dengan bantuan pod pengecas. Untuk harga, JBL Tour Pro 2 dijual pada €249 (~RM1,117) dengan warna Black dan Champagne.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd