Cari @ Amanz

Apple sedia diperkatakan bakal menamatkan penawaran iPhone Mini melalui siri iPhone 14, dan memfokuskan kepada peranti berskrin besar. Pada awalnya, ramai menyasarkan ia mungkin dinamakan sebagai iPhone 14 Max, selari dengan nama iPhone 14 Pro Max yang turut menawarkan peranti berskrin besar. Namun, kini ia dilihat Apple mungkin pilih kaedah penjenamaan berbeza.

Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Apple mungkin guna penamaan iPhone 14 Plus untuk model berskrin besar berkenaan, yang akan gantikan siri Mini sebelum ini.

Mungkin kaedah ini akan membuatkan perbezaan lebih ketara antara model iPhone 14 Pro Max yang memfokuskan ciri-ciri mercu serta tambahan yang lain.

Pihak Apple akan melancarkan siri iPhone 14 mereka pada minggu hadapan, dimana kita akan mendengar lanjut berkenaan penawaran mereka ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd