Cari @ Amanz

Hari demi hari, lebih ramai pengeluar yang menghentikan penawaran kepala pengecas bersama kotak pembelian peranti. Terbaru, Oppo turut berkongsi mengatakan akan berhenti menyertakan pengecas bersama kotak pembelian dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Oppo dijangka menghentikan penawaran ini untuk beberapa peranti, secara berperingkat.

Pada masa yang sama, Oppo turut berkongsi mengatakan mereka akan menghentikan penyertaan pengecas berkenaan mengikut rantau dan sesuatu pasaran terlebih dahulu.

Dengan langkah ini, ia mungkin membuatkan pembeli perlu mendapatkan pengecas SuperVOOC secara berasingan – atau menggunakan penawaran sedia ada pada pembelian akan datang.

Dengan langkah Oppo juga, tidak mustahil kita melihat ia diperluaskan untuk produk-produk OnePlus pada masa akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd