Cari @ Amanz

Ternyata pasaran Asia Tenggara terus jadi tumpuan pasaran e-dagang, apabila rantau ini dijangka memiliki sekitar 413 juta pengguna menjelang 2025. Data ini merangkumi:

  • Malaysia – 18.3 juta pengguna
  • Indonesia – 221 juta pengguna
  • Filipina – 55.8 juta pengguna
  • Singapura – 4.1 juta pengguna
  • Thailand – 4.35 juta pengguna
  • Vietnam – 70.9 juta pengguna

Selari dengan tema Memperkasakan Hubungan Melalui Dagangan, Lazada antara peneraju e-dagang di Asia Tenggara, pada sidang LazMall Brands Future Forum (BFF) hari ini melihat kapasiti sedemikian turut menghasilkan impak buat medium mereka dalam meraih pembeli yang berkualiti.

Ini kerana susulan perubahan tingkah laku pengguna sejak tahun 2019 disebabkan pandemik COVID-19, Lazada mendapati medium edagang telah menerima lonjakan pembeli berkualiti dengan peningkatan sehingga 3 kali ganda dan kenaikan penyertaan ini konsisten sehingga suku kedua 2022.

Antaranya didapati sekitar 94% pembeli di Lazada melaksanakan pembelian setelah menyemak barangan pada enjin carian. Dan lebih menarik 71% pengguna pula melakukan pembelian barangan berdasarkan ciri ‘cadangan’ yang tersedia pada Lazada.

Lazada bersama sokongan infrastuktur dan logistik Alibaba turut menegaskan prinsip kumpulan tidak sekadar meraih keuntungan disebalik aliran pembelian atas-talian yang semakin rancak, namun pihaknya ingin memastikan setiap penawaran produk adalah bertepatan dengan nilai yang diperlukan pengguna. Langkah ini secara langsung tidak hanya meningkatkan penyertaan pengguna tetapi turut meraih keyakinan pengguna terhadap penawaran produk mereka di platform Lazada.

Menurut James Chang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LazMall akan terus menjadi segmen kekuatan Lazada pada pertumbuhan kumpulan serta akan meluaskan penerokaan pelaburan dari semasa ke semasa.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd