Cari @ Amanz

Lenovo IdeaPad 5i Chromebook telah diperkenalkan secara rasmi dengan fokus terhadap penggunaan produktiviti. Melaluinya skrin LCD sebesar 16-inci berolusi 2.5K (2560 x 1600 piksel) dengan nisbah aspek 16:10. Ciri tambahan lain yang turut disokong termasuklah kadar segar semula 120Hz, sokongan gamut warna sRGB 100% dan kecerahan puncak 350nits.

Ia kemudiannya dipadankan dengan pilihan CPU Intel Core i3-1215U atau Intel Pentium 8505. Padanan memori pula sehingga 8GB RAM LPDDR4X dan storan mencapai 512GB. Kapasiti bateri tidak didedahkan secara khusus tetapi diiklankan mampu beroperasi sehingga 12 jam dengan sekali pengecasan. Sistem operasi yang digunakan pula ialah ChromeOS.

Turut disertakan adalah sebuah kamera web 1080p FHD, dua pembesar suara dengan Maxx Audio, bluetooth 5.0 bersama Wi-Fi Card, Wi-Fi 6E, 1 x slot kad mikroSD, 2 x USB Type-C, 2 x USB Type-A, 1 x Kensington Nano Security Slot dan bicu audio 3.5mm. Untuk harga, Lenovo IdeaPad 5i Chromebook dijual bermula €549 (~RM2,464) dan ketersediaan pada September 2022.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd