Cari @ Amanz

Beberapa hari lepas, imej konsol mudah alih Logitech telah tertiris iaitu Logitech G Gaming. Ia dilihat mirip seakan Nintendi Switch Lite dan mungkin akan memfokuskan kepada penstriman permainan seperti Stadia, Xbox Live dan lain-lain lagi.

Terkini, peranti ini telah disenaraikan dalam Google Play Console dengan nombor model GR0006. Secara tidak langsung, spesifikasi konsol permainan mudah alih ini turut terdedah. Logitech G Gaming dilihat menjalankan sistem operasi Android 11, menggunakan memori 4GB RAM dan cip pemprosesan Snapdragon 720G yang dipadankan dengan GPU Adreno 618.

Skrin pula adalah FHD, dikatakan mempunyai bateri 6000mAh, serta mungkin turut akan digelar sebagai Logitech G Cloud Gaming Handheld. Ia juga sedia menyokong WiFi 5 dan besar kemungkinan dengan spesifikasi kelas pertengahan ini, ia hanya fokus kepada penstriman permainan berbanding konsol lain yang memfokuskan kepada platform tersendiri.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd