Komputer riba boleh lipat ThinkPad X1 Fold baharu telah dilancarkan hari ini tetapi Lenovo juga sempat melancarkan kaca mata pintar Lenovo Glasses T1 dengan skrin Micro OLED. Menerusi kaca mata ini, pemakai boleh mempunyai sebuah skrin gergasi boleh-pakai pada muka mereka.

Setiap kaca mata dilengkapi dengan dua skrin Micro OLED beresolusi FHD. Apabila dipakai ia seakan sebuah skrin gergasi yang disambungkan kepada peranti menerusi port USB-C atau Lightning. Terdapat butang kawalan pada tangkai kaca mata dan juga sistem audio terbina. Harga jualan masih belum diumumkan tetapi Glasses T1 akan dilancarkan dahulu di China sebelum ke pasaran global pada tahun 2023.