Cari @ Amanz

Tahun lepas, Apple telah memperkenalkan ciri SharePlay. Ia adalah ciri panggilan video FaceTime yang boleh kongsi video atau muzik pada satu peranti ke beberapa peranti lain. Ciri yang sama turut diperkenalkan oleh Google melalui Duo iaitu Live Sharing yang ketika itu terhad pada peranti Samsung.

Dengan Google Duo sudah menjadi Meet, sokongan live sharing ini turut berkembang ke peranti lain dengan turut boleh kongsi penstriman Spotify, permainan web Kahoot!, Uno dan banyak lagi.

Terkini, pengguna YouTube Premium dilihat boleh mencipta mesyuarat pada Google Meet dan terus buka YouTube. Ketika memilih video, akan ada tetingkap menyatakan untuk memulakan ciri live sharing dengan Meet.

Ini bermakna, sesiapa yang menyertai sesi mesyuarat atau mereka yang dijemput boleh tonton video YouTube bersama-sama secara serentak. Untuk menggunakan ciri ini, anda hanya perlu ke laman youtube.com/new dan sertai program menguji Watch YouTube Together With Google Meet.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd