Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Tidak Lagi Boleh Menguji Android Versi Beta

Diterbitkan pada Sep 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Android 13 sudah pun dilancarkan secara rasmi dengan peranti Pixel terpilih menerima kemaskini versi stabil terlebih dahulu. Peranti lain seperti Samsung, Oppo, OnePlus dan Xiaomi sudah memulakan ujian beta masing-masing dengan Nothing menanti ujian beta pertama hujung tahun akan datang.

Program beta Android seterusnya adalah untuk fasa Feature Drop iaitu Quarterly Platform Release. Android 13 QPR 1 dijangka akan bermula pada bulan ini dengan versi stabil pada Disember akan datang.

Google baru-baru ini telah mengeluarkan senarai peranti yang boleh menguji Android 13 QPR 1. Dukacita dimaklumkan, Pixel 4 dan Pixel 4 XL telah dikeluarkan daripada sokongan untuk menguji sistem operasi versi beta mereka. Kini hanya Pixel 4a, 4a 5G, Pixel 5, 5a, Pixel 6, 6 Pro dan 6a sahaja boleh menguji Android 13 beta dan ke atas.

Android 13 QPR dikatakan akan hanya ada dua versi sahaja kali ini. Ini kerana terdapat khabar angin, Google ingin mula menguji Android 14 seawal April tahun hadapan. Bulan Oktober tahun ini, Pixel 4/Pixel 4 XL akan dihentikan sokongan kemaskini dengan petanda Android 13 QPR mungkin menjadi versi terakhir Android dua peranti ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami