Cari @ Amanz

U Mobile hari ini mengesahkan mereka memilih untuk tidak melabur dan mendapatkan pegangan pada Digital Nasional Berhad, atau DNB.

U Mobile mengatakan mencapai keputusan ini selepas melalui pelbagai perbincangan dan menilai sepenuhnya terma dan pelaburan untuk tujuan tersebut. U Mobile ingin lebih memfokuskan kelebihan mereka dalam menawarkan produk yang inovatif dan perkhidmatan komunikasi serta digital.

U Mobile 5G

Apa pun, U Mobile turut menekankan perkara ini tidak akan memberikan impak kepada penawaran perkhidmatan 5G oleh mereka.

Hal ini kerana ia diliputi oleh perjanjian akses yang berbeza, dan tidak berkait dengan pelaburan pada DNB. Kini mereka sedang dalam proses akhir untuk perjanjian berkenaan.

U Mobile sendiri telah menguji perkhidmatan 5G mereka, dan mengatakan akan menawarkan kepada para pelanggan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd