Cari @ Amanz

Lenovo ThinkBook 16p Gen 3 turut diumumkan hari ini dengan ciri dan fungsi yang memfokuskan kepada para pencipta kandungan. Melaluinya, skrin 16-inci IPS LCD beresolusi QHD+ dengan kadar segar semula standard. Turut disertakan beberapa tambahan lain seperti Dolby Vision, kecerahan puncak 400 nits, panel pintar dengan sensor ambient dan gamut warna sRGB100%. Sebagai pilihan, terdapat juga variasi yang menawarkan kadar segar semula 165Hz dengan kecerahan puncak 500nits.

Seterusnya pilihan CPU AMD Ryzen 6000 digunakan sebagai tunjang utama yang terdiri dengan AMD Ryzen 5 6600H, Ryzen 7 6800H dan Ryzen 9 6900HX. Padanan memori pula sehingga sehingga 32GB LPDDR5 6400MHz dan storan dalaman pula sehingga 2TB PCIe Gen 4 SSD (dengan dua slot M.2 untuk dinaik-taraf). Sokongan GPU pula adalah NVIDIA GeForce RTX 3060 dengan 6GB VRAM.

Bateri sebesar 71Wh yang digunakan adalah sama seumpama generasi sebelumnya. Tidak ketinggalan, ia turut memuatkan pelbagai pilihan I/O seperti 1 x HDMI 2.1, 1 x USB Type-C, 1 x USB4, 2 x USB-A 3.2 Gen 2, 1 x SD Card Reader dan bicu audio 3.5mm.

Lain-lain spesifikai termasuklah menjalankan sistem operasi Windows 11 Pro, sebuah kamera FHD, bluetooth 5.0, Wi-Fi 6 dan pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos. Untuk harga, Lenovo ThinkBook 16p Gen 3 dijual bermula €1999 (~RM8,981).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd