HMD Global hari ini telah melancarkan tiga peranti Nokia baharu. Peranti ini adalah Nokia G60 5G, C31 dan juga X30 5G. Peranti-peranti ini dikatakan adalah peranti paling mesra alam sekitar mereka setakat ini dengan menggunakan bahan binaan daripada plastik yang dikitar semula.
Nokia X30 5G

Peranti ini hadir dengan skrin OLED FHD+ 6.43-inci, 90Hz, dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 695 dengan memori 6GB atau 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Nokia X30 5G turut mempunyai kamera belakang 50MP PureView, OIS + 13MP dan kamera swafoto 16 Megapixel. Bateri peranti pula adalah 4200mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Peranti ini turut memppunyai pengimbas cap jari bawah skrin, perlindungan IP67 dan kaca Gorilla Glass Victus. Nokia X30 5G turut menggunakan 75% bahan binaan kertas kitar semula. Ia dijual di pasaran Eropah pada harga bermula €529 iaitu sekitar RM2,372.
Nokia G60 5G
Peranti ini juga adalah peranti Android 12 dengan cip Snapdragon 695. Cuma peranti ini menggunakan skrin LCD bersaiz 6.58-inci dengan takuk kecil. Walaupun tidak sehebat OLED, peranti ini turut menyokong kadar segar semula tinggi 120Hz. Memori peranti pula adalah 4/6 GB RAM dengan storan dalaman 64/128 GB.

Kamera peranti adalah 50+5+2 Megapixel dengan kamera swafoto 8MP. Bateri peranti adalah 4500mAh dengan pengecasan 20W. Untuk sekuriti ia menggunakan pengimbas cap jari di siri. Harga jualan adalah bermula dari €319 iaitu sekitar RM1,430.
Nokia C31
Peranti ketiga adalah peranti paling asas mereka hari ini. Ia adalah peranti dengan cip pemprosesan Unisoc 9863A1 dengan memori serendah 3GB RAM mencapai sehingga 4GB RAM dengan storan dalaman 32-128 GB. Skrin peranti ini adalah LCD HD+ takuk kecil bersaiz 6.7-inci yang masih menggunakan paparan 60Hz.

Kamera peranti adalah 13+2+2 Megapixel dengan kamera swafoto 5 Megapixel. Bateri adalah 5020mAh dengan pengecasan 10W yang masih microUSB. Peranti ini menjalankan Android 12 dengan kamera Camera from Google. Harga jualan peranti adalah €129 iaitu sekitar RM579.