Nokia melancarkan perkhidmatan langganan peranti yang diberi nama Circular. Menerusi Circular, pelanggan hanya perlu membayar langganan bulanan yang akan memberikan mereka sebuah telefon pintar, pelan perlindungan kerosakan, gantian percuma jika berlaku kecurian dan program kitar semula selepas peranti tidak lagi digunakan.

Circular akan ditawarkan di UK dan Jerman terlebih dahulu dengan bayaran bermula dari €12 (~RM54) sebulan untuk Nokia T10 LTE. Selepas peranti dipulangkan, ia akan dibaikpulih untuk dijual semula kepada pelanggan yang berminat atau diberikan kepada badan NGO jika tidak boleh dijual semula.
Pelanggan Circular boleh meneruskan pembayaran selama mungkin dengan Nokia kemudian akan menghulurkan dana ke arah menanam pokok dan membeli kredit mengimbangi karbon.
- Sumber
- Sumber – Nokia