Sebuah lagi tablet daripada Nokia diperkenalkan secara rasmi. Dikenali sebagai Nokia T21, ia didatangkan dengan skrin LCD sebesar 10.4-inci beresolusi 2000 x 1200 piksel. Turut disertakan adalah cip Unisoc T612 dengan padanan memori 4GB RAM dan pilihan storan dalaman 64GB atau 128GB. Sebagai pilihan, ruang tambahan menerusi slot mikrSD turut disertakan dengan kapasiti maksimum sehingga 512GB.

Bateri pula sebesar 8,200mAh yang menyokong pengecasan 10W dan b boleh dicas semula menerusi port USB-C. Kamera sebesar 8MP turut digunakan di hadapan dan belakang peranti. Lain-lain spesifikasi yang menyokong termasuklah bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo, pensijilan IP52, bluetooth 5.0 dan 802.11 a/b/g/n/ac (2.4/5G dual band).
Tidak ketinggalan, Nokia turut menjanjikan kemaskini OS selama 2 tahun dan keselamatan pula mencapai 3 tahun. Untuk harga, tablet ini dijual bermula €130 (~RM583) sebuah.