Garmin Venu Sq 2 telah dilancarkan di IFA hari ini dengan kemas kini dilakukan pada skrin yang kini menggunakan panel 1.4″ AMOLED. Skrin masih lagi berkotak dengan ia hadir dengan pelbagai ciri penjejakan kesihatan asas seperti mengimbas nadi, mengesan tahap kuasa tubuh, menjejak kitaran haid, GPS dan banyak lagi.

Dengan sekali caj bateri boleh bertahan antara 6-11 hari. Terdapat juga sokongan pembayaran Garmin Pay. Sebuah versi muzik juga ditawarkan dengan ia boleh mengisi sehingga 500 lagu dalam storan terbina.

Harga jualan Garmin Venu Sq 2 bermula dari $249.99 (~RM1120) untuk versi biasa dan $299.99 (~RM1344) untuk versi muzik. Penawaran warna juga pelbagai seperti hitam/kelabu, putih/emas dan hijau/metalik.
- Sumber
- Sumber – Garmin