Selepas sekian lama dinantikan, kini Twitter mengumumkan mereka sedang melakukan ujian butang sunting atau “Edit” untuk Tweet, dan akan menguji ia dikalangan pengguna Twitter Blue seawal bulan ini.
Ciri ini akan dinamakan “Edit Tweet”, ia akan membolehkan pengguna melakukan suntingan pada Tweet dalam tempoh sehingga 30 minit sejak ia diterbitkan.

Tweet yang disunting juga akan memaparkan label ia telah disunting, dan turut klik pada label tersebut untuk melihat apakah Tweet sebelum ia disunting.
Buat masa ini, Twitter Blue masih tidak dilancarkan di Malaysia, jadi ia tidak diketahui lagi bilakah pengguna tempatan akan turut dapat menikmati ciri ini.
- Sumber
- Sumber : Twitter