Samsung hari ini berkongsi pada acara IFA 2022, mengatakan hampir keseluruhan perkakasan elektrik yang dijual mereka – termasuk peti sejuk, mesin basuh, ketuhar, pendingin hawa, dan sebagainya akan dilengkapi sokongan WiFi menjelang penghujung 2023 kelak.

Dengan perubahan ini, Samsung dilihat hanya akan menjual perkakasan elektrik pintas sahaja menjelang penghujung 2023 kelak, dan tidak lagi menjual perkakasan elektrik biasa.
Dengan langkah ini, ia dijangka akan menjadikan perkakasan berkenaan lebih mesra alam dan jimat tenaga – memandangkan boleh dikawal jauh, serta mengelak pembaziran.
Langkah Samsung juga dilihat selari peralihan ramai ke era rumah pintar dan peranti berhubung.
Selain Samsung, beberapa pengeluar lain juga sedang aktif melihat kepada arena perkakasan pintar ini.