USB4 Versi 2.0 Diumumkan – Dengan Kelajuan Pemindahan Mencapai 80Gbps

Diterbitkan pada Sep 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pihak USB Promoter Group yang bertanggungjawab terhadap piawaian USB, kini telah mengumumkan piawaian terbaru, dinamakan USB4 Versi 2.0.

Piawaian terbaru ini adalah lebih kepada kemaskini kecil untuk USB4 sedia ada, dan menawarkan kelajuan pemindahan data sehingga 80Gbps.

USB Thunderbolt

Piawaian terbaru ini turut hadir dengan sokongan kebelakang, termasuk untuk USB4 Versi 1.0, USB 3.2, USB 2.0 dan juga Thunderbolt 3. Namun, seperti biasa, dalam menikmati ciri baharu ini, ia turut perlu digunakan dengan kabel USB dengan sokongan versi baharu ini.

Selain pemindahan data lebih laju, ia juga sesuai untuk digunakan bersama panel paparan, dimana lebih banyak bandwidth disediakan dalam menggunakan bersama paparan resolusi tinggi.

USB4 versi 2.0 akan disertakan bersama pada peranti-peranti keluaran bermula tahun ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami