Komputer Tablet Huawei MateBook E Go Akan Dilancarkan 6 September

Diterbitkan pada Sep 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain Mate 50, Huawei MateBook E Go turut akan dilancarkan pada 6 September hadapan. Berdasarkan poster promosi yang telah dikongsi oleh Huawei, MateBook E Go ialah sebuah komputer tablet dengan Windows 11 sama seperti sebuah Surface Laptop Go.

Tiada spesifikasi diumumkan lagi namun dapat dilihat ia hadir dengan papan kekunci merangkap penutup skrin. Papan kekunci boleh ditanggalkan dari tablet sama seperti sebuah komputer Surface. Sebuah stylus juga nampaknya boleh disokong dengan ia disimpan ada sisi tablet menggunakan magnet. Untuk mengetahui lebih lanjut, kita perlu menanti pelancarannya pada 6 September ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami